Perutusan

Perutusan Pengetua

Principal's Message

Sebuah alu-aluan tulus buat para ibu bapa dan pelajar baharu yang bakal menyertai keluarga Kolej Tunku Kurshiah.

“TKC is a high achieving, premier, vibrant and forward-thinking school in which students excel, both academically and socially. Our children have a real thirst for learning and our staff are committed to ensuring each child achieves. We have high standards and expect the best.”
Pengetua Kolej Tunku Kurshiah

Hajah Fathiiyah binti Mohd Pozi @ Mohd Fauzi

Pengetua · Kolej Tunku Kurshiah

Salam Sejahtera

Selamat datang ke keluarga TKC

Assalamualaikum WBT. Salam Malaysia MADANI. Datuk/Datin/Tuan/Puan para ibu bapa yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak tuan/puan kerana terpilih untuk meneruskan pelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Kolej Tunku Kurshiah. Bonda Pengetua serta warga kolej amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran anak tuan puan.

Untuk makluman, segala pemberitahuan akan disalurkan melalui satu Sesi Libat Urus (SLU) kelak. Pengurusan kolej akan menghubungi tuan/puan dan memberi maklumat lanjut setelah kami mendapat senarai murid sepenuhnya daripada BPSBP, KPM.

Kami turut sentiasa bersedia membantu untuk memudahkan urusan anak tuan/puan, insya-Allah. Semoga takwim akademik berjalan lancar dan kami merakamkan ucapan terima kasih serta tahniah buat semua.

Salam hormat,

Hajah Fathiiyah binti Mohd Pozi @ Mohd Fauzi

Pengetua, Kolej Tunku Kurshiah

#TunkuKurshiahCollege · #TerusKekalCemerlang · #TransformasiKecemerlanganCitra

Warga Kolej Tunku Kurshiah

750

Pelajar

Students

86

Tenaga Pengajar

Teaching staff

32

Kakitangan Sokongan

Support staff

23

Pelajar & Staf Jabatan IB

IB department

Sertai keluarga TKC

Terokai kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, dan mulakan perjalanan cemerlang puteri anda.